Friday, May 23, 2008

DBKL membalas dendam terhadap penduduk Wangsa Maju

DBKL membalas dendam terhadap penduduk Wangsa Maju

Saya telah menduduk di Wangsa Maju lebih kurang 10 tahun. Saya selalu membeli makanan daripada kedai-kedai makanan di kawasan ini. Walauput beberapa kedai makanan di kawasan telah berada di situ selama puluh-puluh tahun, tetapi kebanyakannya telah ditutup oleh DBKL hari ini. Sejak pukul 8 pagi hari ini, sekumpulan orang berseragam DBKL tiba di kawasan perniagaan Desa Setapak dan merobohkan semua gerai makanan. DBKL bilang gerai-gerai ini adalah tidak berlesen dan tidak diizin untuk berniaga di kawasan situ.





Ini adalah gerai makanan yang saya selalu membeli makanan daripadanya. Ia telah dirobohkan oleh DBKL hari ini.


Pemilik kedai dan gerai tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka pun minta tolong daripada MP Wangsa Maju Wee Chu Keong, tetapi menurut beliau, DBKL bukan di bawah kuasanya, lagipun peniaga-peniaga ini adalah haram. MP Wee cuma boleh meminta DBKL until memperlambatkan gerakan perobohan, supaya peniaga-peniaga yang dipengaruhi dapat mencari tempat baru. Tetapi DBKL engan beri peluang bagaimanapun.



Apabila DBKL sedang merobohkan gerai-gerai makanan, pemilik kedai dan pekerjanya sibuk melarikan alat-alat masakan supaya tidak dirosakkan.


DBKL guna mesin yang begitu berat, hingga jalan raya telah dirosakkan. Bolehkah penduduk Wangsa Maju sue DBKL sebab jalan raya kena rosak???


Pemilik gerai terpaksa memindah alat-alat berniaga ke tepi jalan supaya tidak diambil oleh DBKL.


Bahan-bahan besi telah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam lori DBKL. Saya mendapati lori DBKL terbagi kepada dua jenis, yang kumpul sampah dan yang kumpul bahan besi. Boleh tahulah, sebab harga besi semakin mahal hari ini.



Di tempat yang tidak jauh, terdapat satu gerai makanan yang pemiliknya Melayu.Mengapakah gerai ini tidak dirobohkan? Menurut kepada pegawai DBKL, kawasan ini bukan kawalan DBKL, dan dia hanya disuruh untuk merobohkan gerai makanan pemilik kaum Cina. Walaupun pemilik kedai kaum Cina telah menunjukkan lesen perniagaan kepada pegawai DBKL, tetap gerainya juga kena roboh.


Ada orang berkata, gerai-gerai Melayu ini adalah berlesen. Jadi, gerai ini boleh meneruskan perniagaannya. Tetapi, saya ada satu soalan, mengapa di tempat yang sama, gerai kaum Melayu boleh dapat lesen perniagaan, dan gerai makanan kaum Cina dapat lesen perniagaan yang tidak sama? Lagipun ada gerai-gerai kaum Melayu ini baru saja buka.




Adakah sebab MP Wangsa Maju dahulu Yew Teong Look telah kalah dalam pilihan raya? Pada zaman Zulhasnan Rafique sebagai MP Wangsa Maju hingga ke zaman Yew Teong Look, masalah ini tidak pernah berlaku. Adakah ini aktiviti balas dendam DBKL terhadap penduduk Wangsa Maju? Jangan lupa, Zulhasnan Rafique dan Yew Teong Look penguat kuasa di department willayah persekutuan, lebih tinggi kuasanya daripada DBKL.

Yang amat saya rasa bimbang bukan saja kehidupan peniaga itu, tetapi juga penduduk-penduduk kaum Cina yang tiada lagi tempat untuk membeli makanan Cina.

Chinese version: http://jlim16.blogspot.com/2008/05/blog-post.html

Source: http://760724.blogspot.com/2008/05/blog-post_2767.html

No comments: